4 warga tempatan miliki barangan tegahan diberkas

4 warga tempatan miliki barangan tegahan diberkas

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Empat orang wanita tempatan, masing-masing berusia 15, 19, 31 dan 34 tahun, telah ditangkap apabila barang-barang tegahan ditemui dalam kereta mereka tengah malam kelmarin.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, pihak polis yang membuat rondaan pada jam 12:12 tengah malam telah menahan sebuah kereta di kawasan Kampung Bebuloh dan menemui tiga karton dan tiga bungkus rokok pelbagai jenis, sebotol minuman keras dan satu tin arak.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan orang awam supaya tidak akan terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan diingatkan supaya akan memaklumkan kepada pihak polis jika mendapati sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA