40 cedera nahas kereta api di Argentina

40 cedera nahas kereta api di Argentina

BUENOS AIRES, 8 Jun (AFP) – Sekurang-kurangnya 40 orang cedera apabila sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah lokomotif di landasan yang sibuk di pinggir Buenos Aires semalam, menurut pegawai-pegawai Argentina.

Ambulans dan anggota bomba berkejar ke kawasan nahas di selatan ibu Negara dan berpuluh-puluh penumpang dibawa ke beberapa hospital berhampiran, meskipun tiada seorang pun yang cedera teruk.

“Seramai 40 orang mengalami kecederaan, semuanya cedera ringan,” Setiausaha Keselanatan Sergio Bernia memberitahu para wartawan.

Kemalangan itu berlaku di bandar Temperley ketika kedua-dua kereta api terssbut dalam keadaan kelajuan rendah.

Penyiasatan awal menunjukkan pemandu kereta api penumpang tersebut mengabaikan sekurang-kurangnya satu papan tanda berhenti, kata Kementerian Pengangkutan Argentina dalam satu kenyataan.

Pada 2012, kemalangan kereta api menyebabkan lebih 50 orang maut dan lebih 700 orang cedera di perhentian terakhir Once, juga di Buenos Aires.