40 hadiri ceramah agama

40 hadiri ceramah agama

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 4 Feb – Seramai 40 orang yang terdiri daripada guru-guru pengawas dan kadet polis dari Sekolah Menengah Muda Hashim, Sekolah Menengah Sayyidina Othman dan Ma’had Islam Brunei telah menghadiri ceramah keagamaan sempena Sambutan Hari Polis ke-95 di Pusat Tingkatan Enam Tutong, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Supt Haji Chipli bin Haji Mohammad.

Ceramah bertajuk ‘Membudayakan Profesionalisme dan Integriti Pasukan’ telah disampaikan oleh penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Awang Hisyam bin Ismail yang antara lain menekankan bahawa setiap warga Pasukan Polis Diraja Brunei termasuklah ahli-ahli kadet polis perlu menghayati maksud sifat yang tersirat dalam tema tersebut.

Turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah para pegawai dan anggota pangkat rendah Daerah Polis Tutong.

pg15_160205_b

Ceramah keagamaan ini merupakan salah satu aktiviti Pasukan Polis Diraja Brunei bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Polis.

ARTIKEL YANG SAMA