40 pelancong solat Jumaat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah

40 pelancong solat Jumaat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah

Oleh Norizan Murshid

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos – Sekumpulan 40 orang pelancong dari Hong Kong yang menyertai pakej pelancongan Islam ke negara ini telah menunaikan solat Jumaat di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong sebagai salah satu acara program lawatan mereka di sini.

Pelancong-pelancong berketurunan Cina Islam itu merupakan kumpulan pertama yang menyertai pakej pelancongan Islam yang dikendalikan oleh Syarikat Manggo Tree Tour and Travel.

Jurucakap syarikat tersebut memberitahu, selain masjid, pelancong juga dibawa melawat ke Balai Pameran Islam di Jabatan Mufti dan juga pameran galeri-galeri di Bangunan Alat-alat Kebesaran Di Raja serta Kampong Ayer.

Pakej pelancongan berkonsep Islam ini amat berpotensi untuk dimajukan di negara ini di mana keharmonian sebuah negara berpemerintahan Islam berteraskan konsep Melayu Islam Beraja, dapat dikongsi pengetahuan dengan pelancong Islam dari seluruh pelosok dunia.

Salah satu contoh, semua kedai, pasar raya dan pejabat-pejabat di tutup selama dua jam pada waktu solat Jumaat memberikan gambaran yang jelas bahawa Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara Islam.

ARTIKEL YANG SAMA