40 pelanggan bertuah Mr Brown tonton filem X-Men

40 pelanggan bertuah Mr Brown tonton filem X-Men

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Seramai 40 orang pelanggan bertuah Mr Brown Coffee, malam tadi, telah dibawa menyaksikan pratonton filem Marvel Cinematic Universe terbaru iaitu X-Men: Apocalypse, sempena promosi minuman kopi terkenal tersebut.

Diadakan dengan kerjasama Arena Cineplex dan Aplikasi Snapfeed, promosi berkenaan berlangsung dari 25 April hingga 15 Mei, yang memerlukan orang ramai untuk memuatturun aplikasi berkenaan dan membeli mana-mana perisa minuman tin Mr Brown Coffee sama ada di Arena Cineplex atau mana-mana cawangan LoF Cakes & Bakery, di mana Kod QR Snapfeed mereka diimbas ketika membayar minuman tersebut.

Dengan melakukan semua langkah-langkah tersebut, pelanggan secara automatik dimasukkan ke dalam cabutan bertuah di mana mereka berpeluang memenangi dua tiket untuk menyaksikan filem blockbuster berkenaan.

Majlis berkenaan turut dihadiri beberapa orang blogger makanan dan filem Brunei Darussalam, dan acara yang bermula jam 9 malam itu berakhir dengan para penonton menerima beg sagu hati.

Sebahagian pelanggan bertuah yang berada di Arena Cineplex bagi menyaksikan filem tersebut.
Sebahagian pelanggan bertuah yang berada di Arena Cineplex bagi menyaksikan filem tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA