40 pelanggan BMW selusuri perairan Brunei

40 pelanggan BMW selusuri perairan Brunei

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – QAF Auto Sdn Bhd yang merupakan pengedar tunggal BMW di Negara Brunei Darussalam, semalam, telah menjemput lebih 40 orang pelanggan setia BMW untuk berbuka puasa sambil menyaksikan keindahan perairan Brunei di atas bot persiaran.

Jemputan itu adalah bagi pemilik kereta BMW, yang memberikan kepercayaan dan semangat kepada jenama tersebut.

Semasa pelayaran selama dua jam menyusuri Sungai Brunei itu, pelanggan yang hadir berpeluang untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam dan beramah mesra dengan kakitangan BMW.

Pada akhir pelayaran di Jeti Queen Elizabeth, para pelanggan berkesempatan untuk mengambil gambar ramai sebagai tanda kenang-kenangan.

Antara tujuan perkumpulan ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pelanggan QAF Auto di samping memperkenalkan lagi jenama-jenama BMW kepada rakan dan saudara-mara mereka.

Sesi bergambar ramai bersama para pelanggan dan ahli kakitangan QAF Auto Sdn Bhd.
Sesi bergambar ramai bersama para pelanggan dan ahli kakitangan QAF Auto Sdn Bhd.
Suasana berbuka puasa di atas bot persiaran tersebut.
Suasana berbuka puasa di atas bot persiaran tersebut.
Para pelanggan BMW melihat keindahan persekitaran Sungai Brunei.
Para pelanggan BMW melihat keindahan persekitaran Sungai Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA