40 pendatang dikhuatiri lemas

40 pendatang dikhuatiri lemas

ROME, 24 Julai – Lebih 40 pendatang yang dalam perjalanan ke Eropah dikhuatiri lemas selepas sebuah bot getah karam di luar pantai Libya, kata mangsa yang terselamat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) pada Khamis.

“Kami sedang temuramah mangsa yang terselamat, …yang sampai tengah hari ini di Augusta (Sicily).

Mereka ceritakan mengenai antara 35 hingga 40 orang yang hilang di laut,” kata jurucakap UNHCR di Itali, Federico Fossi mengenai insiden itu pada Rabu.

Mengikut UNHCR, sebahagian besar pendatang adalah lelaki daripada beberapa negara sub-Sahara Afrika termasuk Somalia, Eritrea, Benin dan Mali.

Akhbar Itali, La Reppublica berkata tiga bot getah belayar dari Tripoli tetapi satu daripadanya dengan 120 penumpang, karam.

Sebahagian besar daripada pendatang yang jatuh ke laut diselamatkan kapal komersial dan kemudian dipindahkan ke sebuah kapal tentera laut Jerman, Holstein yang menyelamatkan sejumlah 283 orang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA