40 pengendali makanan hadiri taklimat

40 pengendali makanan hadiri taklimat

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 29 Feb – Sebanyak 13 buah kedai makan dan restoran baru telah diperiksa dalam pemeriksaan pertama bagi penilaian fasa 1 tahun 2016 oleh ahli-ahli Panel Penggredan Kebersihan Kedai Makan/Restoran di bawah kawalan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria di sini.

Hampir kesemua kedai makan dan restoran berkenaan adalah yang beroperasi di Pusat Beli-belah KBSentral, Jalan Seri Maharaja Kuala Belait.

Sehubungan itu, Taklimat Penilaian Penggredan Kedai Makan/Restoran telah diadakan di pusat beli-belah tersebut yang dihadiri seramai 40 orang dalam kalangan pemilik dan pengendali-pengendali makanan.

Pada tahun ini dua fasa penilaian penggredan akan dilakukan, iaitu Fasa 1/2016 bagi kedai makan dan restoran yang baru beroperasi dan melibatkan sebanyak 13 buah premis, manakala bagi Fasa 2/2016 adalah bagi kedai makan dan restoran yang sudah tamat tempoh sijil penggredan selama dua tahun dan ia akan melibatkan sebanyak 31 buah premis.

Antara wakil-wakil premis kedai makan dan restoran yang menghadiri Taklimat Penilaian Penggredan bagi Fasa 1 tahun 2016.
Antara wakil-wakil premis kedai makan dan restoran yang menghadiri Taklimat Penilaian Penggredan bagi Fasa 1 tahun 2016.

Hadir pada majlis taklimat tersebut ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Matyassin.

Turut hadir ialah ahli-ahli panel penilaian penggredan termasuklah Pegawai Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Daerah Belait, Hajah Norlelawati binti Haji Johari, wakil JASTRE, ahli-ahli pemeriksaan perseorangan Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad dan Loo Soo Nin serta pegawai-pegawai Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

ARTIKEL YANG SAMA