40 penghijrah mati lemas bot karam

40 penghijrah mati lemas bot karam

ROM, 5 Mei (AFP) – Kira-kira 40 penghijrah maut apabila sebuah bot boleh kembung membawa lebih 100 orang karam di luar pantai Itali, Save the Children memetik mangsa yang terselamat sebagai berkata hari ini.

“Mereka mengatakan terdapat kira-kira 137 orang di dalam bot yang boleh kempis atau meletup itu – ia adalah belum jelas – dan beberapa daripadanya jatuh daripada bot. Ada yang mengatakan ramai yang ‘mati’, sementara yang lain mengatakan ‘sekitar 40’, Giovanna di Benedetto daripada Save the Children memberitahu AFP.

Mangsa terselamat yang menjadi sebahagian daripada kumpulan sekitar 200 penghijrah itu yang berada dalam dua bot berasingan dan diselamatkan baru-baru ini di perairan luar Sicily.

Mangsa yang terselamat tiba hari ini di Catania di pantai timur Sicily, dalam kapal kargo ‘Zeran’, yang juga membawa lima mayat.

Menurut mangsa yang terselamat itu lagi, insiden berlaku sejurus sebelum operasi menyelamat pada hujung minggu, yang mana kapal Itali dan para pengawal pantai menyelamatkan hampir 6,000 orang dengan bantuan beberapa kapal pedagang.

Semalam, lebih 3,000 penghijrah mendarat di pelabuhan selatan Itali, termasuk anak damit perempuan yang lahir di dalam kapal peronda tentera laut Itali, Bettica.

ARTIKEL YANG SAMA