40 penyokong ditangkap kekecohan di Paris

40 penyokong ditangkap kekecohan di Paris

PARIS, 11 Julai – Kira-kira 40 orang telah ditangkap di Paris semalam selepas polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap peminat bola sepak yang membaling botol kaca di Menara Eiffel semasa perlawanan akhir Euro 2016, kata pegawai.

Kebanyakan penyokong yang memakai bendera Perancis atau Portugis, berkumpul di tugu mercu Paris sebelum dan selepas kemenangan 1-0 yang menakjubkan Portugal ke atas Perancis selepas mereka dibenarkan masuk ke zon peminat yang penuh sesak dengan kapasiti 90,000, kata polis Paris.

Tangkapan lain juga dilakukan di luar Stade de France, di mana perlawanan itu berlangsung. Mereka disabitkan atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.

Kawasan Menara Eiffel telah dipenuhi dengan gas pemedih mata oleh polis rusuhan, yang memulakan kebakaran di kaki lima dan membaling botol dan objek lain di barisan polis, kata jurugambar AFP.

Polis anti rusuhan yang telah berhadapan dan menangani kekecohan yang ditimbulkan oleh orang ramai, sekurang-kurangnya satu trak polis melepaskan air ke arah penunjuk perasaan.

Beberapa orang ketika melintasi kawasan berhampiran insiden pertempuran polis di kem de Mars ber-hampiran Menara Eiffel di Paris semalam. Polis telah menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap peminat bola sepak yang membaling botol kaca di Menara Eiffel semasa perlawanan akhir Eu-ro 2016. - AFP
Beberapa orang ketika melintasi kawasan berhampiran insiden pertempuran polis di kem de Mars ber-hampiran Menara Eiffel di Paris semalam. Polis telah menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap peminat bola sepak yang membaling botol kaca di Menara Eiffel semasa perlawanan akhir Eu-ro 2016. – AFP

Menurut pihak polis melalui Twitter memaklumkan kepada Metro mereka telah mengeluarkan amaran terhadap zon penyokong peminat yang dipenuhi itu, dengan menggunakan meriam air untuk memadamkan kebakaran yang dicetuskan.

Kawasan itu dipenuhi dengan pagar pecah dan kaca, dengan timbunan pembakaran sampah dan anggota bomba kemudiannya memadamkan kebakaran besar di jalan-jalan di Paris, termasuk sekurang-kurangnya satu kereta telah dibakar.

Sementara itu, sembilan orang telah ditahan ke dalam jagaan di bandar timur Lyon terhadap tingkah laku yang ganas, penghinaan atau pemilikan bunga api dan seorang pegawai telah cedera ringan oleh semburan, kata polis.

Minggu lalu, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata dalam pertempuran dengan para remaja di tempat kem Elysees di Paris selepas Perancis layak ke perlawanan akhir Euro 2016.

Pertempuran sebelum ini antara penyokong pada 11 Jun lalu dalam perlawanan England-Rusia di Marseille mengakibatkan 35 orang cedera dalam keganasan itu. – AFP