40 peserta sertai Kursus Bergerak Tasawuf

40 peserta sertai Kursus Bergerak Tasawuf

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Seramai 40 peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) telah menghadiri Kursus Bergerak Tasawuf bagi memberikan kefahaman dan meningkatkan lagi pengetahuan agama khusus dalam ilmu Tasawuf.

Kursus empat hari sehingga 19 November itu telah dibimbing oleh Haji Anwari bin Haji Rawee yang berlangsung di Bilik Al-Basyir, PDI, di sini, hari ini.

Antara isi kandungan kursus tersebut termasuklah menyentuh pengertian Tasawuf, hukum mempelajari ilmu Tasawuf, peranan hati, jenis-jenis maksiat, maksiat zahir dan pemeliharaannya maksiat batin/penyakit rohani, gejala-gejala penyakit rohani, kerosakan yang ditimbulkan oleh penyakit rohani, cara penyembuhan serta mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Dengan adanya kursus seperti ini, ia dihasratkan dapat memperkukuhkan lagi pengetahuan dari segi kerohanian untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Antara pegawai dan kakitangan yang menghadiri kursus keagamaan khususnya ilmu tasawuf.
Antara pegawai dan kakitangan yang menghadiri kursus keagamaan khususnya ilmu tasawuf.

ARTIKEL YANG SAMA