40 rumah setinggan di Tawau musnah

40 rumah setinggan di Tawau musnah

TAWAU, 5 Feb – Empat puluh unit rumah setinggan di Kampung Buayah di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Ag Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3:54 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera dan 23 anggota.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada 4:23 pagi dan operasi memadam kebakaran tamat pada 7:26 pagi.

Tiada mangsa cedera atau terkorban dalam kejadian itu dan punca serta anggaran kerugian sedang disiasat, katanya.

Menurut Mohd Razali, kejadian itu merupakan kebakaran kedua dalam tempoh seminggu selepas kebakaran pertama berlaku di kawasan setinggan Kampung Airport Lama Sabtu lepas memusnahkan 48 unit rumah. – Bernama

Sebanyak 40 unit rumah setinggan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Buayah kira-kira 3:54 pagi. – Bernama
Sebanyak 40 unit rumah setinggan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Buayah kira-kira 3:54 pagi. – Bernama