40 tamat Program Asuhan Kerohanian ke-3

40 tamat Program Asuhan Kerohanian ke-3

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Lebih 40 orang ahli Pengakap Muda dan Pengakap Remaja dari Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri, Sekolah Menengah Rimba dan Sekolah Menengah Sayyidina Husain Jerudong berjaya menamatkan Program Asuhan Kerohanian ke-3 yang berlangsung di Bilik Persidangan, Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) dan Balai Ibadah PPNBD di Jalan Gadong, hari ini.

Mereka menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Antarabangsa, Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip, Pemangku Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei Muara Zon 2, Haji Bahmin bin Haji Alli, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap, pegawai eksekutif pengakap dan para pemimpin pasukan pengakap.

Ia merupakan program keagamaan anjuran PPNBD melalui Bahagian Pengakap Kelana dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang Rukun Islam selain memanfaatkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Gambar ramai bersama ahli-ahli pengakap yang menyertai Program Asuhan Kerohanian ke-3.
Gambar ramai bersama ahli-ahli pengakap yang menyertai Program Asuhan Kerohanian ke-3.

Program kerohanian selama dua hari itu memberikan peluang kepada peserta untuk mendapat penerangan mengenai program, ceramah keagamaan, melaksanakan sembahyang fardu secara berjemaah, bertadarus Al-Quran, berbuka puasa, sembahyang tarawih, qiamullail, penerangan mengenai Rukun Islam, terapi jiwa (kesedaran menyayangi ibu bapa), terapi istighfar, penerangan mengenai sembahyang sunat dan kerja kemasyarakatan bagi membersihkan Balai Ibadah PPNBD.

ARTIKEL YANG SAMA