40 terbunuh serangan di Syria

40 terbunuh serangan di Syria

KARKAMIS, Turki, 28 Ogos – Serangan udara Turki telah membunuh sekurang-kurangnya 40 penduduk Syria hari ini, yang memasuki hari kelima dalam serangan menentang kumpulan IS dan militia Kurdish, menurut pemerhati.

“Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan 50 yang lain cedera oleh tembakan meriam Turki dan serangan udara pada pagi hari ini di Jeb el-Kussa,” sebuah perkampungan selatan Jarabulus, kata Rami Abdel Rahman dari Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Pemerhati berkata pengeboman itu menyasarkan kawasan selatan bekas kubu kumpulan IS di Jarabulus.

Turki berkata semalam bahawa tenteranya pertama kali terkorban dalam kempen yang sudah dijalankan empat hari di Syria, menyalahkan militia Kurdish dalam serangan yang semakin teruk terhadap kawalan di kawasan sempadan itu.

Tentera Turki hari ini telah melancarkan serangan rentas sempadan terhadap kumpulan jihad IS dan juga militia Kurdish Syria dengan menghantar berpuluh-puluh kereta kebal dan beratus-ratus tentera.

A

Ketegangan antara Ankara dan militia Kurdis semakin tegang semalam, dengan pertempuran yang berlaku lapan kilometer (lima batu) dari selatan bandar Jarabulus, bandar sempadan yang berjaya ditawan semula dari IS minggu ini oleh pemberontak Syria yang disokong Turki, kumpulan pemantauan dan sumber Kurdish berkata.

Agensi berita Anadolu berkata seorang tentera Turki terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serangan roket oleh militia Kurdish.

Tentera yang terbunuh – tidak dikenal pasti – mengesahkan kematian pertama Turki sejak operasi itu.

Maklumat itu disahkan oleh seorang pegawai Turki, tanpa memberi maklumat lanjut.

Serangan roket itu dilancarkan oleh ahli-ahli Parti Persatuan Demokratik Kurdish (PYD), kata Anadolu. Turki menganggap PYD dan militia Unit Perlindungan Rakyat (YPG) menjadi sebuah organisasi keganasan.

Anadolu berkata bahawa tentera Turki bertindak balas kepada serangan roket PYD yang menyasarkan Syria, tanpa memberi maklumat lanjut.

Dalam kejadian lain, Militan Kurdish telah membedil empat roket di lapangan terbang di tenggara bandar Diyarbakir, Turki pada Sabtu tanpa menyebabkan kehilangan nyawa, lapor agensi berita Dogan.

Roket berkenaan mendarat di kawasan lapang dekat pos kawalan polis di lapangan terbang itu, mengakibatkan letupan yang boleh kedengaran di seluruh bandar terbabit dan memecahkan tingkap. – AP/AFP

ARTIKEL YANG SAMA