400 kanak-kanak Pusat Ehsan diceriakan

400 kanak-kanak Pusat Ehsan diceriakan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Kanak-kanak istimewa Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, hari ini, diceriakan dalam Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kumpulan Persekutuan Syarikat Perniagaan Malar Setia dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Menglait yang berlangsung di Hotel Orchid Garden, pagi tadi.

Lebih 400 orang kanak-kanak dari Pusat Ehsan bersama para jemputan lainnya menghadiri sambutan Hari Raya itu.

Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman dalam ucapannya melahirkan perasaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan berterusan daripada syarikat berkenaan dan sumbangan dari pelbagai pihak yang lain dalam sama-sama menghulurkan bantuan kepada pusat tersebut.

Haji Ahmad semasa menerima sumbangan daripada Pengurus Syarikat Malar Setia.
Haji Ahmad semasa menerima sumbangan daripada Pengurus Syarikat Malar Setia.
Malai Haji Abdullah semasa menerima sumbangan daripada Pengurus Syarikat Perniagaan Muneera.
Malai Haji Abdullah semasa menerima sumbangan daripada Pengurus Syarikat Perniagaan Muneera.
Kanak-kanak Pusat Ehsan menerima sumbangan duit raya.
Kanak-kanak Pusat Ehsan menerima sumbangan duit raya.

Acara itu kemudian menyaksikan penyampaian sumbangan daripada Pengurus Syarikat Malar Setia, C.L. Lim; Pengurus Syarikat Perniagaan Muneera, Chia Tet Shin dan Pengurus Syarikat Aewon, Lau Chai Seng kepada Haji Ahmad, Presiden Pusat SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman dan bendahari dari Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA).

Kanak-kanak Pusat Ehsan turut diberikan duit raya oleh isteri Ketua Kampung Menglait, Hajah Fatimah binti Haji Ludin; isteri Pengerusi Eksekutif/Pengarah Kumpulan Syarikat Malar Setia, Hajah Kamsiah binti Haji Ahmad dan isteri Pengurus Syarikat Perniagaan Malar Setia, Jong Siew Choong.

Acara itu juga diserikan dengan acara cabutan bertuah bagi para jemputan yang hadir dan warga Pusat Ehsan.

ARTIKEL YANG SAMA