400 sekolah punya bekalan elektrik menjelang 2020

400 sekolah punya bekalan elektrik menjelang 2020

OKOUTJOVE, Namibia, 16 Mei (NNN) – Kerajaan Namibia berhasrat untuk memberikan bekalan elektrik kepada kira-kira 400 buah sekolah di kawasan-kawasan pedalaman sebelum April 2020, kata Menteri Perlombongan dan Tenaga, Obeth Kandjoze.

Tahun ini, di antara 35 dan 38 sekolah-sekolah pedalaman akan mempunyai bekalan elektrik di seluruh negara, Kandjoze mendedahkan perkara tersebut ketika mengadakan lawatan ke kampung Okoutjove di Rantau Omaheke kawasan Otjombinde Khamis lepas.

Menteri itu berkata pada mesyuarat dengan komuniti setempat bahawa kerajaan akan membelanjakan lebih daripada 60 juta dolar Namibia (kira-kira AS$4 juta) ke arah inisiatif itu bagi semua 14 rantau (wilayah).

“Pendidikan adalah mandat kami, oleh itu keperluan untuk mengenal pasti sekolah-sekolah dengan keperluan elektrik langsung.

Ia adalah mandat kami untuk memastikan sekolah-sekolah mempunyai elektrik,” kata Kandjoze.

Menteri itu meminta ahli-ahli majlis kerajaan tempatan untuk memberikannya nama-nama sekolah yang memerlukan kemudahan-kemudahan seperti asrama dan pagar, mengatakan kementeriannya akan meminta bantuan dari syarikat-syarikat perlombongan dalam hal ini sebagai sebahagian tanggungjawab mereka dalam pembangunan sosial.

ARTIKEL YANG SAMA