400 sertai larian bantu 10 keluarga

400 sertai larian bantu 10 keluarga

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 10 Jan – Seramai 400 orang telah menyertai larian Kitani Run yang diadakan untuk mengutip derma bagi membantu 10 keluarga, lima keluarga masing-masing dari Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) dan Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET), anjuran bekas dan pelajar-pelajar tingkatan enam dari dua buah sekolah tersebut.

Penganjuran projek Kitani Run ini merupakan hasil daripada penyertaan pelajar-pelajar dari kedua-dua buah sekolah dalam Program Kepimpinan Belia Asia-Tenggara (SEAYLP) pada tahun lalu semasa membuat lawatan ke Amerika Syarikat.

Pengerusi bagi Yayasan Kitani, Dayang Aainaa Naasyidah binti Haji Mohammad yang mewakili SMSA dan Awang Arzree anak Francis mewakili PTET sempat ditemu bual Media Permata bagi menceritakan latar belakang di sebalik acara ini.

Menurut Awang Arzree, perkataan Kitani dipilih atas dasar ‘kebersamaan’ atau perpaduan di antara dua buah sekolah yang sama-sama menuju untuk mencapai suatu objektif.

Antara pelari-pelari yang memakai maskot watak dari filem epik, Star Wars yang mengikuti acara Kitani Run, kelmarin.
Antara pelari-pelari yang memakai maskot watak dari filem epik, Star Wars yang mengikuti acara Kitani Run, kelmarin.
Para peserta acara Kitani Run memulakan larian dari SMSA.
Para peserta acara Kitani Run memulakan larian dari SMSA.
Dayang Marina Chek (berbaju biru) diberi penjelasan mengenai aktiviti dan kempen Yayasan Kitani.
Dayang Marina Chek (berbaju biru) diberi penjelasan mengenai aktiviti dan kempen Yayasan Kitani.
Salah satu pondok jerayawara oleh American R2D2 Committee cawangan Brunei Darussalam.
Salah satu pondok jerayawara oleh American R2D2 Committee cawangan Brunei Darussalam.

“Acara Kitani Run adalah larian amal di mana kami mengumpul dana hasil dari penjualan baju-baju kemeja yang bertemakan filem epik Star Wars dengan tiga corak dan warna yang berbeza mengikut watak-watak dari filem tersebut,” kata Dayang Aainaa Naasyidah. Ada tiga jenis kemeja bagi tiga jenis kategori larian iaitu larian 2, 5 dan 8km.

Larian 2km adalah ‘Free Run’ yang kebanyakannya pesertanya terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa, manakala itu larian 5 dan 8km dibahagikan kepada dua bahagian, lelaki dan wanita.

Larian bermula di kawasan RPN Kampung Pandan C, berdekatan dengan SMSA di mana pelepasan para peserta disempurnakan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas, Jabatan Sekolah-sekolah, Dayang Marina Chek binti Bujang selaku tetamu kehormat.

Dayang Marina berserta undangan lainnya, Pegawai Hal Ehwal Awam di Kedutaan Amerika Syarikat di Brunei Darussalam, Ed Finlay, juga dijemput bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan melawat petak-petak jerayawara mengenai aktiviti dan kempen kemasyarakatan yang diadakan pada tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA