4,000 cari 3 kanak-kanak hilang

4,000 cari 3 kanak-kanak hilang

HANGZHOU, China 19 Feb (NNN) – Lebih daripada 4,000 orang mencari tiga orang kanak-kanak yang hilang pada petang Selasa lalu di timur China, Zhejiang.

Seorang budak lelaki berumur 7 tahun dan dua kanak-kanak perempuan yang berumur 8 dan 12 tahun dari perkampungan Jianguang, Pujiang County, telah meninggalkan rumah pada tengah hari Selasa dan tidak pernah dilihat sejak dari itu.

4,000 penduduk setempat dan juga kerajaan tempatan telah mengadakan pencarian di seluruh daerah itu, sebuah helikopter polis telah menjatuhkan makanan dan pakaian panas di kawasan itu, dengan harapan kanak-kanak itu dapat mencarinya.

Beberapa kenderaan dan penyelam sedang mencari kanak-kanak tersebut di kawasan takungan, kolam, dan sungai-sungai.

Sepuluh pasukan penyelamat profesional juga terlibat, dan pesanan ringkas yang berkaitan dengan pencarian itu tersebar luas di media sosial utama China.

“Kami akan melakukan apa sahaja yang boleh untuk mencari kanak-kanak hilang itu,” kata Shi Zhejiang, Setiausaha Parti Pujiang.