4,000 sertai larian warna

4,000 sertai larian warna

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Ribuan peserta yang diliputi dengan pelbagai warna dan senyuman di akhir larian di kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, menggambarkan kegembiraan dan keseronokan larian amal Lari dengan Warna (Run with Colours) yang berlangsung, hari ini.

Larian amal yang julung-julung kalinya diadakan itu dirasmikan dan turut disertai oleh Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman. Majlis dimulakan dengan acara memanaskan badan dan diikuti dengan acara larian sejauh 5 kilometer dan 3 kilometer yang dirasmikan dan turut disertai oleh Datin Paduka Hajah Adina.

Acara larian amal itu dianjurkan oleh Majlis Belia Brunei (MBB) untuk membantu mengumpul dana MBB dan SMARTER Brunei dengan memberikan peluang kepada orang ramai termasuk belia untuk prihatin dan sama-sama tampil ke hadapan untuk membantu menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sambil beriadah.

Konsep utama acara adalah penuh berwarna-warni, di mana para peserta bermula dengan baju putih, tetapi bertukar warna apabila dilempar dengan serbuk warna sepanjang laluan yang ditetapkan dan berakhir.

Idea asal bagi larian amal itu diinspirasikan daripada ‘Color Run’ yang diadakan di Amerika Syarikat, yang lebih dikenali sebagai ‘Happiest 5K on the planet’.

Datin Paduka Hajah Adina tidak ketinggalan untuk sama-sama menyertai acara larian amal kelmarin.
Datin Paduka Hajah Adina tidak ketinggalan untuk sama-sama menyertai acara larian amal kelmarin.
Wajah-wajah riang di antara ribuan peserta yang sama-sama menyertai acara Larian dengan Warna.
Wajah-wajah riang di antara ribuan peserta yang sama-sama menyertai acara Larian dengan Warna.

pg03_150608_c

Larian amal itu bukan sahaja dihasratkan untuk melahirkan rasa murah hati para peserta yang mengambil bahagian tetapi untuk menanam perasaan kegembiraan dan keharmonian rakyat Brunei dengan cara yang sihat menyebarkan warna.

Lebih 4,000 peserta yang sama-sama hadir untuk menyokong hasrat kesedaran menghulurkan bantuan amal dan pada masa yang sama meningkatkan serta menyebarkan mesej amalan gaya hidup sihat melalui kegiatan riadah kepada keseluruhan komuniti Brunei Darussalam.

MBB yang ditubuhkan pada tahun 1964 merupakan sebuah pertubuhan bukan untung, dan terdiri daripada sukarelawan yang bertujuan untuk menyelia pembangunan belia di Negara Brunei Darussalam.

Matlamat utamanya adalah untuk menyediakan belia negara dengan platform untuk menggalakkan pembangunan ekonomi, sosiobudaya, fizikal, mental dan rohani.

Para peserta larian dengan wajah riang disaluti dengan pelbagai warna di akhir larian amal ‘Lari dengan Warna’ kelmarin.
Para peserta larian dengan wajah riang disaluti dengan pelbagai warna di akhir larian amal ‘Lari dengan Warna’ kelmarin.

pg03_150608_f

pg03_150608_e

Pada masa ini, terdapat 40 belia dan persatuan kebajikan yang bergabung dengan MBB membawa bersama kira-kira 15,000 belia.

Sementara itu, SMARTER Brunei telah ditubuhkan oleh pengasas dan Presiden persatuan berkenaan, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman pada 9 September 2001 sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan sokongan untuk mereka yang menghidap Gangguan Spektrum Autistik (ASD) di Brunei.

Dengan mengguna pakai nilai-nilai teras Melayu Islam Beraja (MIB) dan konsep budaya berkeluarga, persatuan bertujuan untuk memberikan bantuan kepada individu autisme dari zaman kanak-kanak kepada usia tua melalui Didik, Membangun, Mengembangkan dan Memperkasakan (Educate, Develop, Grow, Empower-EDGE) atau untuk membolehkan mereka menjadi anggota bebas dan masyarakat yang produktif.

Sehingga kini, SMARTER Brunei mempunyai tiga pusat intervensi, peringkat awal dan pendidikan berterusan dengan sejumlah 80 keluarga yang berumur antara 13 hingga 33 tahun pelajar SMARTER.

ARTIKEL YANG SAMA