40,000 kunjungi Rumah Terbuka Kabinet Sabah

40,000 kunjungi Rumah Terbuka Kabinet Sabah

KOTA KINABALU, 7 Julai – Kira-kira 40,000 orang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Kabinet Sabah di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis itu, yang diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas di sini, memperlihatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Mudah-mudahan dengan adanya perayaan ini, dengan adanya begini ramai tetamu, diharap dapat mengeratkan lagi tali silaturahim, hubungan, perasaan persaudaraan dan perasaan kekitaan antara kita.

“Inilah yang kita akan lakukan dari semasa ke semasa, begitu juga dengan perayaan lain seperti Krismas, Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan, dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin. – Bernama

Datuk Seri Musa Aman (kiri) bersalaman dengan pengunjung yang datang pada majlis rumah terbuka kelmarin. - Bernama
Datuk Seri Musa Aman (kiri) bersalaman dengan pengunjung yang datang pada majlis rumah terbuka kelmarin. – Bernama