400,000 VW Britain perlu perubahan sistem – Paul

400,000 VW Britain perlu perubahan sistem – Paul

LONDON, 13 Okt – Pengarah Urusan British VW Paul Willis berkata kira-kira 400,000 kereta Volkswagen di Britain memerlukan kepada perubahan sistem suntikan bahan api setelah perisian ujian emisi dikeluarkan, apabila dia meminta maaf di hadapan Jawatankuasa Pilihan Pengangkutan Commons terhadap skandal global ke atas penipuan ujian emisi.

Hampir 1.2 juta kenderaan British telah terjejas tetapi selebihnya daripada dua pertiga dari kenderaan itu hanya perlu kepada perubahan perisian sahaja, agensi berita Xinhua China melaporkan.

Beliau berkata, penarikan balik kenderaan British akan bermula pada suku pertama 2016.

Tetapi beliau mengakui terdapat “beberapa risiko” sasaran melakukan semua kerja pada akhir tahun depan akan terlepas.

Pemilik kenderaan ini akan diberi pinjaman kereta semasa proses pemulangan ini jika mereka berasa selesa berikutan tidak mempunyai kenderaan, katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA