408 graduan CCCT terima sijil

408 graduan CCCT terima sijil

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Seramai 408 orang graduan Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan (CCCT) telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-9 yang berlangsung di Dewan Utama Indera Samudra, Empire Hotel & Country Club, Jerudong, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil-sijil kepada para graduan ialah Pengarah Urusan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Haji Rosdi Amin bin Dato Paduka Haji Yaakub.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau menyarankan supaya para graduan menanamkan matlamat untuk meningkatkan kemahiran diri dan bersedia untuk berdepan dengan pelbagai perubahan.

Beliau turut menekankan bahawa dengan menggunakan kaedah pendekatan pelajaran serta pembelajaran, kolej berkenaan membantu mengembangkan kemahiran para pelajarnya agar mampu dipasarkan dalam pelbagai industri di negara ini.

Haji Rosdi Amin menyampaikan sijil kepada para graduan yang diraikan.
Haji Rosdi Amin menyampaikan sijil kepada para graduan yang diraikan.

pg10_151201_b

Wajah ceria para graduan bersama sijil masing-masing pada Majlis Konvokesyen CCCT ke-9, kelmarin.
Wajah ceria para graduan bersama sijil masing-masing pada Majlis Konvokesyen CCCT ke-9, kelmarin.

pg10_151201_d

Pada majlis itu, seramai 89 orang graduan menerima Diploma Tertinggi Kebangsaan BDTVEC, 150 menerima Diploma Kebangsaan dan Diploma, 83 menerima Sijil Kemahiran 3, 50 Sijil Kemahiran 2, lima orang pelajar menerima Sijil LCCI, tujuh orang penerima Sijil Antarabangsa NCC dalam Perniagaan, 23 dianugerahkan Diploma Antarabangsa NCC dalam Perniagaan dan seorang lagi menerima Diploma Antarabangsa Informatik dalam Pentadbiran Perniagaan.

Di samping itu, majlis bertema ‘Educational Excellence for an Employable Generation’ itu turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik (Anugerah Akademik) kepada tiga orang penerima, Anugerah Projek Terbaik bagi dua projek dan Anugerah Pelajar Aktif dalam Kegiatan Luar kepada 10 orang penerima.

ARTIKEL YANG SAMA