41 maut serangan nekad di lapangan terbang Turki

41 maut serangan nekad di lapangan terbang Turki

ISTANBUL, 29 Jun (AFP) – Angka kematian akibat tiga pengeboman bunuh diri di lapangan terbang antarabangsa di sini meningkat kepada 41 orang dengan 239 cedera, kata gabenor bandar ini dalam satu kenyataan.

Pejabat gabenor berkata, 109 daripada 239 mangsa yang cedera sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

Katanya, 13 daripada mangsa yang maut dalam serangan yang didakwa dilakukan militan IS, adalah warga asing.

Penyerang mula menyembur peluru di pintu masuk terminal antarabangsa sebelum meletupkan diri mereka pada kira-kira 10:00 (1900 GMT) semalam, kata pihak berkuasa Turki.

Ia merupakan insiden pembunuhan kali keempat yang terbesar di bandar Turki pada tahun ini, dengan dua serangnan lainnya itu dipersalahkan ke atas IS dan satu lagi yang dituntut oleh kumpulan Kurdish militan.

Tingkap kaca yang pecah kesan daripada serangan dan letupan dalam terminal ketibaan antarabangsa lapangan terbang Ataturk semalam, selepas pengeboman berani mati dan serangan senapang yang menyasarkan lapangan terbang Istanbul, membunuh sekurang-kurangnya 36 orang. – AFP
Tingkap kaca yang pecah kesan daripada serangan dan letupan dalam terminal ketibaan antarabangsa lapangan terbang Ataturk semalam, selepas pengeboman berani mati dan serangan senapang yang menyasarkan lapangan terbang Istanbul, membunuh sekurang-kurangnya 36 orang. – AFP

Walaupun tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai itu semalam, “bukti telah menunjuk serangan itu dilakukan oleh Daesh”, Perdana Menteri Binali Yildirim berkata ketika memberitahu kepada wartawan di tempat kejadian, dengan menggunakan nama lain untuk jihad.

Beliau menambah mereka yang terbunuh termasuk warga asing, tetapi tidak memberikan butiran lanjut. Menteri Kehakiman, Bekir Bozdag meletakkan bilangan yang tercedera adalah sebanyak 147.

Serangan itu mendorong penggantungan semua penerbangan di lapangan terbang – salah satu hab paling sibuk di Eropah.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa perjuangan bersama antarabangsa terhadap keganasan, sebagai sekutu Barat termasuk Amerika Syarikat mengutuk serangan ‘kejam’ itu.

Yildirim berkata pengebom berani mati tiba dengan menggunakan sebuah teksi dan melepaskan tembakan ke atas penumpang dengan senapang automatik sebelum meletupkan diri mereka.

Rakaman dari kamera Keselamatan telah tersebar secara meluas di media sosial setelah merakam dua kejadian daripada letupan itu. Dalam satu rakaman, satu gelombang api dilihat meletus di pintu masuk ke bangunan terminal, dengan keadaan penumpang dalam keadaan ketakutan.

Sementara itu, rakaman lain pula menunjukkan penyerang berpakaian hitam berjalan di dalam bangunan itu sebelum rebah ke tanah – yang dilihat ditembak oleh peluru polis – dan meletupkan dirinya.

Serangan semalam itu merupakan ekoran dari pengeboman nekad IS di lapangan terbang Brussels dan stesen bandar metro pada Mac lalu yang telah meragut 32 nyawa.