41 pelajar diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Seramai 41 orang pelajar Darjah 6 yang terdiri 16 orang lelaki dan 25 orang perempuan dari Sekolah Ugama Awang Semaun telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, kelmarin.

Hadir selaku tetamu khas pada majlis tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah (Profesional) Jabatan Pengajian Islam (JPI), Hajah Norjarah binti Haji Luidin.

Acara petang itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu khas dan diikuti dengan bacaan surah-surah oleh para peserta khatam.

Bacaan Takhtim oleh para pelajar perempuan Darjah 3 hingga 5 serta Dikir Asyrakal oleh para pelajar lelaki Darjah 4 dan 5 turut menyerikan lagi majlis tersebut.

Antara matlamat acara itu diadakan adalah bagi menggalakkan murid-murid sentiasa membaca Al-Quran dengan baik dan lancar, murid-murid mampu mengkhatamkan Al-Quran 30 Juzuk sebelum menamatkan pembelajaran mereka di sekolah agama dan supaya amalan membaca Al-Quran dijadikan warisan turun-temurun dan budaya hidup bagi semua lapisan masyarakat di negara ini.

Para peserta khatam bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan guru-guru pada majlis tersebut.
Para peserta khatam bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan guru-guru pada majlis tersebut.
Antara yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Awang Semaun.
Antara yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Awang Semaun.
Para pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.
Para pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.