41 projek arang batu terima biaya bank-bank

41 projek arang batu terima biaya bank-bank

WASHINGTON, 3 Okt – Bank Dunia secara tidak langsung membiayai perkembangan dalam beberapa janaan kuasa arang batu Asia di sebalik komitmen untuk menamatkan pembiayaan bagi sektor itu, kumpulan penyokong pembangunan mendakwa hari ini.

Loji tenaga, yang menyumbang kepada perubahan iklim dan pembasmian hutan dan juga kematian pramasa disebabkan penyakit, muncul dari Bangladesh ke Filipina, kesemuanya dengan pembiayaan yang disediakan oleh perantara kewangan yang disokong oleh Bank berkenaan, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Inclusive Development International.

Dalam peralihan dasar pada tahun 2013, bank itu mengatakan ia akan menamatkan hampir kesemua sokongan bagi pewujudan loji tenaga arang batu, dengan hanya menyokong mereka dalam ‘keadaan luar biasa’ yang mana tidak terdapat alternatif.

Bagaimanapun sejak janji itu, 41 projek arang batu telah menerima pembiayaan dari bank-bank dan dana pelaburan yang disokong oleh anggota sektor awam Bank Dunia, Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC), menurut laporan itu lagi. Dalam respons kepada soalan dari AFP, Frederick Jones, seorang jurucakap IFC berkata peneraju sejagat itu mengambil serius laporan itu.

“Ia menimbulkan soalan penting jangka panjang tentang bagaimana kita perlu mewujudkan pasaran-pasaran lebih mantap bagi tenaga bersih dan mewujudkan insentif bagi negara-negara dan sektor swasta tidak melabur dalam arang batu, tetapi dalam tenaga yang boleh dibaharui,” katanya lagi.

Jones menambah kata sejak 2005, IFC telah pun melabur lebih AS$15 bilion dalam loji yang boleh dibaharui, penjimatan tenaga dan lapangan-lapangan lain, dan telah mendapatkan AS$10 juta lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA