41 suspek militan kena dakwa di Emiriah Arab Bersatu

41 suspek militan kena dakwa di Emiriah Arab Bersatu

ABU DHABI, 2 Ogos (dpa) – Pihak berkuasa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini menetapkan 41 suspek militan untuk dibicarakan berkaitan dakwaan pengganasan.

Ketua Pendakwa Raya Salem Kabeesh berkata para defendan, kebanyakan mereka warga asing, dikenakan dakwaan menubuhkan kumpulan “Pengganas” bertujuan merampas kuasa di Negara berkenaan.

“Kumpulan ini merancang untuk melakukan operasi pengganasan ke atas wilayah negara terbabit…dengan matlamat untuk menubuhkan kerajaan khalifah.”

Kabeesh berkata bahawa para defendan akan dibicarakan di Mahkamah Agung Perserkutuan, tetapi tidak memberikan tarikh yang tepat bagi permulaan perbicaraan berkenaan.

Pada Disember, mahkamah lain UAE menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas 15 orang selepas didapati sabit menyertai kumpulan yang ada kaitan dengan al-Qaeda.