41 terima hidayah pada Mei 2016

41 terima hidayah pada Mei 2016

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Seramai 231 orang telah dicatatkan memeluk agama Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di seluruh negara dari bulan Januari hingga Mei tahun ini.

Menurut statistik pengislaman Unit Pengislaman, Pusat Dakwah Islamiah, 41 orang telah memeluk agama Islam pada bulan Mei saja, Daerah Brunei dan Muara mencatat jumlah tertinggi seramai 27 orang diikuti Daerah Belait seramai tujuh orang, Tutong lima orang dan Temburong dua orang.

Sementara itu, pecahan mengikut bangsa, jumlah tertinggi adalah dalam kalangan bangsa Iban seramai 15 orang, Filipina mencatat 11 orang, puak Dusun 10 orang, Cina empat orang dan bangsa-bangsa lain mencatat hanya seorang memeluk agama Islam.

Daripada jumlah itu juga, seramai 26 orang adalah terdiri daripada warga tempatan dan 15 lagi adalah warga asing.

Statistik ini menunjukkan bahawa syiar Islam di negara ini berkembang dari tahun ke tahun.

ARTIKEL YANG SAMA