42 anak yatim diceriakan

42 anak yatim diceriakan

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Makan Ceria Sdn Bhd selaku francais McDonalds di Brunei dengan kerjasama Jerudong Park Country Club (JPCC) telah menceriakan seramai 42 anak-anak yatim serta 29 penjaga dengan mengadakan aktiviti di Taman Air, Taman Permainan Jerudong, hari ini.

Aktiviti untuk Anak-anak Yatim Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah (DANA) itu turut dihadiri oleh Pemangku Pengurus Besar JPCC, Datin Sakdiah binti Haji Mohd Noor selaku tetamu kehormat.

Lebih menarik, tetamu DANA berkenaan turut dikejutkan dengan kehadiran pihak pengurusan dan para pemain Kelab Bola Sepak Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM FC) yang dijemput untuk memeriahkan acara berkenaan.

Ini merupakan sebahagian daripada sambutan kemenangan DPMM FC pada S.League Championship 2015, baru-baru ini. Semasa menyertai aktiviti di taman air, anak-anak yatim berkenaan berpeluang bergambar bersama ahli-ahli DPMM FC, Makan Ceria Sdn Bhd dan Pengurusan Jerudong Park Country Club.

Pihak penganjur, ahli DPMM FC bergambar ramai bersama anak-anak yatim dan para penjaga masing-masing.
Pihak penganjur, ahli DPMM FC bergambar ramai bersama anak-anak yatim dan para penjaga masing-masing.
Para pemain DPMM FC juga turut diundang bagi memeriahkan aktiviti bersama anak-anak yatim
Para pemain DPMM FC juga turut diundang bagi memeriahkan aktiviti bersama anak-anak yatim
Antara gelagat anak-anak yatim semasa bermain di taman air tersebut.
Antara gelagat anak-anak yatim semasa bermain di taman air tersebut.

Selepas aktiviti di taman air, para jemputan kemudian menikmati minum petang serta menyertai cabutan bertuah yang diadakan di Mini-Amphitheatre.

Acara tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Makan Ceria Sdn Bhd dan sejajar dengan musim cuti persekolahan. Usaha pihak kerajaan dan syarikat-syarikat swasta untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan perlu diberikan sokongan penuh memandangkan anak-anak yatim itu generasi masa hadapan.

Makan Ceria Sdn Bhd juga menyediakan kotak sumbangan derma di kaunter McDonalds untuk kemudahan para pelanggannya menderma kepa-da DANA kerana sumbangan derma itu akan membantu anak-anak yatim semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan persiapan kembali ke sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA