42 cedera semasa konsert Snoop Dogg

42 cedera semasa konsert Snoop Dogg

CAMDEN, N.J., 7 Ogos – Sebuah pagar besi tiba-tiba runtuh akibat tidak dapat menampung berat pengunjung yang bersandar ketika bintang Rap tersohor itu membuat persembahan bersama rakan artis hip-hop Wiz Khalifa.

Seorang dimasukkan ke hospital dan jurutera telah cuba untuk memikirkan apa yang berlaku di Camden BB & T Pavilion, sebuah tempat terbuka yang memiliki tempat duduk di dalam dan di luar.

Rakaman video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan ramai penonton tiba-tiba terjatuh ke arah kaki pentas. Jurucakap polis tempatan, Dan Keashen berkata kebanyakan penonton mengalami kecederaan patah tulang dan lebam.

Seorang daripada mereka dibawa ke pusat trauma akibat kecederaan bahagian atas badan yang serius tetapi sudah dibenarkan pulang semalam.

Jurucakap bandar New Jersey, A Camden memberitahu AFP lokasi konsert tidak pernah mempunyai sejarah pelanggaran kod atau isu-isu berkaitan aspek penyelenggaraan bangunan. Konsert itu berakhir sejurus selepas kejadian.

“Malam ini Konsert “I Love 90’s” menampilkan Salt N Pepa akan berjalan seperti yang dijadualkan,” kata Keashen. Seramai 41 orang telah dirawat selepas mengalami kecederaan ringan, walau bagaimanapun terdapat sebilangan kecil dilaporkan patah tulang. Sesetengah pekerja dari Live Nation adalah antara yang cedera, kata syarikat itu. – AP