429 guru khatam Al-Quran

429 guru khatam Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Jun – Seramai 429 orang guru terdiri daripada guru-guru agama Daerah Tutong telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, kelmarin.

Hadir selaku tetamu khas ialah Pemangku Penolong Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Masri dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh guru-guru lelaki dan perempuan, dan seterusnya bacaan Takhtim oleh guru-guru perempuan.

Haji Masri hadir selaku tetamu khas pada Majlis Khatam Al-Quran Guru-Guru Ugama Daerah Tutong.
Haji Masri hadir selaku tetamu khas pada Majlis Khatam Al-Quran Guru-Guru Ugama Daerah Tutong.
Antara guru-guru yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.
Antara guru-guru yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

pg12_160623_c

Ia kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Khatam yang dibacakan oleh Awang Hasrin bin Haji Jeffry dan majlis turut diserikan Dikir Ashrakal oleh guru-guru lelaki diiringi serta renjisan minyak wangi kepada peserta-peserta khatam oleh tetamu khas.

Majlis Khatam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Guru-guru Ugama Daerah Tutong ini adalah bertujuan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan bacaan Al-Quran di samping menggalakkan guru-guru agama menyertai majlis khatam Al-Quran dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru.

ARTIKEL YANG SAMA