43 bulan dihukum penjara pelbagai kesalahan

43 bulan dihukum penjara pelbagai kesalahan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Dis – Mahkamah Perantaraan, hari ini, menjatuhi hukuman 43 bulan penjara dan tiga sebatan ke atas seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah bagi pelbagai kesalahan.

Mohd Azreey bin Haji Musa, 35, berdepan dakwaan memecah masuk sebuah rumah di Kampung Lambak Kanan pada Disember 2014 dan mencuri wang bernilai $400, rantai emas dan sepasang anting-anting.

pg06_151224_mahkamah logo2

Dia juga didakwa mencuri dua buah kereta, masing-masing dari sebuah rumah di Kampung Delima Satu pada awal Januari dan di kawasan letak kereta Tanah Perkuburan Kampung Tamoi pada pertengahan Januari tahun ini.

Tertuduh juga berdepan dakwaan menahan seorang lelaki warga luar yang memandu van membawa silinder gas di Kampung Perpindahan Lambak Kanan pada 8 Julai 2015.

Tertuduh turut didakwa mencuri sebuah kereta dari sebuah rumah di Kampung Jangsak pada 6 September 2015.

ARTIKEL YANG SAMA