43 maut banjir di Pakistan

43 maut banjir di Pakistan

PESHAWAR, Pakistan, 3 Julai – Banjir kilat berpunca daripada hujan monsun lebat telah membunuh sekurang-kurangnya 43 orang di utara Pakistan, kebanyakannya daripada sebuah kampung berhampiran sempadan Afghanistan, kata pegawai hari ini.

Hujan bermula lewat semalam dan bertumpu kebanyakannya di wilayah barat laut Khyber Pakthunkwa, yang telah terjejas teruk oleh banjir dalam beberapa tahun ini yang telah dikaitkan dengan perubahan iklim oleh beberapa ahli sains.

Daerah yang paling teruk terjejas adalah Chitral, di sempadan barat laut negara, di mana air banjir menghanyutkan sebuah masjid, berpuluh rumah dan pos tentera di kampung terpencil Ursoon, beritahu datuk bandar daerah Maghfirat Shah kepada AFP.

Empat puluh satu orang terbunuh di kampung, dan sekurang-kurangnya lapan mangsa yang terbunuh dipercayai terdiri daripada askar.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pengurusan bencana wilayah berkata 82 rumah terjejas oleh air banjir, dan usaha sedang djalankan untuk membekalkan makanan dan barangan bantuan kepada penduduk kampung.

Seorang lagi pegawai kanan tempatan, Osama Waraich, berkata mayat lapan mangsa dari Ursoon telahpun ditemui di sempadan Afghan.

Dalam kejadian berasingan, dua orang jurutera China terbunuh dan lima pekerja Pakistan cedera apabila hujan lebat menyebabkan bumbung sebuah tapak pembinaan roboh di Tarbela Dam, kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah Latifur Rehman. – AFP