43 pelajar hilang, bekas ketua penolong polis ditahan

43 pelajar hilang, bekas ketua penolong polis ditahan

BANDAR MEXICO, 8 Mei (AFP) – Pihak berkuasa Mexico semalam menahan seorang bekas ketua penolong polis yang dikehendaki berhubung dengan kehilangan 43 pelajar yang diculik oleh tentera pada tahun lalu, kata pegawai.

Francisco Salgado Valladares, yang menjadi penolong pengarah anggota perbandaran Iguala, ditahan oleh polis persekutuan ketika beliau tiba untuk satu mesyuarat di Cuernavaca, kira-kira 90 kilometer dari selatan Bandar Mexico, kata kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan.

Pendakwa berkata datuk bandar yang dikaitkan dengan geng Iguala mengarah polis supaya memintas pelajar pada 26 September disebabkan kebimbangan guru berkenaan, terkenal dengan bantahan mereka, berada di bandar untuk mengganggu satu ucapan yang disampaikan oleh isterinya.

Pegawai mengepung 43 pelajar dan menyerah mereka kepada geng dadah Guerreros Unidos, yang membunuh lelaki muda berkenaan dan membakar mayat mereka, menurut pendakwa.

Kementerian dalam negeri berkata Salgado, 41, didakwa mengambil bahagian dalam ‘penahanan dan penyerahan pelajar kepada anggota jenayah terancang.’

Salgado mengarah rakan komander polis di bandar Cocula supaya menahan 13 pelajar ‘untuk diserah kepada anggota pertubuhan penjenayah,’ kata kenyataan.

Salgado menerima kira-kira $39,000 sebulan untuk memberikan perlindungan kepada geng, kata kenyataan.

Sejak pelajar hilang, beliau telah menyembunyikan diri bersama saudara-mara di negeri Guerrero, di mana Iguala terletak, serta Morelos, tempat tinggal kepada Cuernavaca, kata kementerian. Kartrij senapang AK-47 yang dimilikinya, ditemui ketika beliau ditahan.

Kira-kira 100 orang telah ditahan dalam kes itu, termasuk beberapa pegawai perbandaran Iguala dan Cocula, tersangka geng, dan datuk bandar Iguala Jose Luis Abarca dan isterinya.