43 penuntut dibakar, 9 lagi dibunuh berasingan

43 penuntut dibakar, 9 lagi dibunuh berasingan

MEXICO CITY, 12 Okt – Ketika pendakwa Mexico pada tahun lepas mengisytiharkan bahawa 43 orang penuntut yang hilang dibakar di tanah tandus, dokumen rasmi yang diterbitkan semalam menunjukkan bahawa satu kumpulan suspek memberikan keterangan sekurang-kurangnya sembilan dibunuh di tempat lain.

Pejabat peguam negara Mexico, meletakkan dalam laman sesawangnya 54,000 dokumen dari penyiasatan yang menerima kritikan terhadap kes yang mengganggu pentadbiran Presiden Enrique Pena Nieto.

Kajian oleh AFP terhadap beratus muka surat mendapati keterangan yang bercanggah sebahagian dari lebih 100 suspek yang ditahan, termasuk ahli kartel dadah Guerreros Unidos dan pegawai –pegawai polis bandaran.

Laporan itu -yang dibahagikan kepada 85 buku besar dan 13 tambahan dengan beberapa nama yang dikeluarkan dan paragraph – dijelaskan oleh Peguam Negara, Arely Gomez berikutan permintaan maklumat bebas dari wartawan. Ia jarang berlaku bagi pihak berkuasa Mexico untuk menghasilkan dokumen penyiasatan diterbitkan secara dalam talian.

Mantan Gomez, Jesus Murillo Karam, yang menyatakan tahun lepas bahawa polis di bandar selatan Iguala menyerang penuntut pada 26 September, 2014, selepas mereka merampas bas- bas bagi bantahan di Mexico City.

Murillo Karam berkata pegawai-pegawai tersebut menculik 43 orang penuntut dan menyerahkan mereka kepada kumpulan dadah Guerreros Unidos, yang mengelirukan mereka dengan pesaing, membunuh mereka dan membakar mayat mereka di tempat pembuangan sampah di bandar kejiranan Cocula. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA