43 tamat kursus Fiqh At Thaharah

43 tamat kursus Fiqh At Thaharah

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Seramai 43 orang peserta, hari ini, telah berjaya menamatkan kursus Fiqh At Thaharah yang berlangsung sejak 18 April lalu di Pusat Dakwah Islamiah, Kampung Pulaie.

Peserta-peserta kursus terdiri daripada wakil persatuan-persatuan majlis perundingan kampung serta kumpulan Muslimah Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong dan Meragang serta orang persendirian.

Kursus dibimbing oleh Haji Anuari bin Rawie dari Pusat Dakwah Islamiah itu diharap memberi lebih banyak kefahaman dan pengetahuan kepada para peserta.

Pada akhir kursus, para peserta melakukan latihan praktikal cara-cara bertayamum menggunakan debu tanah untuk memahaminya dengan lebih terperinci.

Para peserta juga ditunjukkan cara-cara praktikal untuk bertayamum.
Para peserta juga ditunjukkan cara-cara praktikal untuk bertayamum.

ARTIKEL YANG SAMA