43 warga Unit Pendidikan Khas Ugama Sambut Aidilfitri

43 warga Unit Pendidikan Khas Ugama Sambut Aidilfitri

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Unit Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, tidak ketinggalan memeriahkan minggu terakhir Syawal ini dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berlangsung di Restoran Anjung Saujana, majlis berkenaan dihadiri seramai 43 orang kakitangan unit berkenaan yang diketuai oleh Ketua Unit Pendidikan Khas Ugama, Haji Sufri bin Haji Mat Umar.

Majlis ini merupakan acara tahunan unit berkenaan dengan tujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan guru-guru agama dan kakitangannya.

Pegawai dan kakitangan Unit Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam, bergambar ramai semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pegawai dan kakitangan Unit Pendidikan Khas Ugama, Jabatan Pengajian Islam, bergambar ramai semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL YANG SAMA