44 anak yatim terima sumbangan KHEU

44 anak yatim terima sumbangan KHEU

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Bersempena kedatangan Syawal dalam masa beberapa hari sahaja lagi, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini, telah meraikan seramai 44 orang anak yatim di Majlis Penyampaian Derma kepada Anak-Anak Yatim Warga KHEU Tahun 1436H/2015.

Hadir bagi menyempurnakan sumbangan derma di majlis yang berlangsung di Dewan Multaqa, Bangunan KHEU, itu ialah Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohammad Yusof

Anak-anak yatim yang menerima sumbangan derma tersebut adalah daripada 18 warga di kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Hasrul Halim bin Haji Zaini dan diteruskan dengan penyampaian derma.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kepada anak yatim yang diraikan.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz menyampaikan sumbangan kepada anak yatim yang diraikan.

Selain bagi memohon keberkatan dan mendapatkan pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadan ini, majlis juga menunjukkan sifat prihatin warga KHEU kepada anak-anak yatim tersebut agar mereka dapat merasa kegembiraan dalam bulan Syawal ini.

Di samping itu, ia juga diadakan bagi menyemai rasa tanggungjawab dalam memeduli orang-orang yang kurang bernasib baik selain merupakan salah satu cara mengeratkan hubungan sesama warga KHEU.

ARTIKEL YANG SAMA