44 korban letupan bom di Beirut

44 korban letupan bom di Beirut

BEIRUT, 13 Nov (AFP) – Dua letupan yang didakwa didalangi militan Negara Islam (IS) menyebabkan 43 orang terbunuh pada Khamis di sebuah kawasan beli-belah terkemuka di bandar raya kubu kuat puak Syiah, Hezbollah.

Menteri Kesihatan, Wael Abou Faour, berkata lebih 200 orang cedera dan sebahagian besar mereka parah.

Serangan itu mungkin menandakan kembalinya kempen serangan terhadap Hezbollah seperti yang terjadi pada 2013 dan 2014, bagi membalas dendam terhadap sokongan kumpulan itu kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Serangan itu berlaku di kawasan beli belah di sebatang jalan sempit, Burj al-Barajneh. IS dalam kenyataan yang disiarkan menerusi media sosial mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu.

Anggota pertahanan awam Hizbullah menyiasat tapak serangan pengeboman berkembar yang menggegarkan jalan membeli-belah yang sibuk di kawasan Burj al-Barajneh. - AFP
Anggota pertahanan awam Hizbullah menyiasat tapak serangan pengeboman berkembar yang menggegarkan jalan membeli-belah yang sibuk di kawasan Burj al-Barajneh. – AFP

“Tentera Khalifah meletupkan bahan letupan yang diletakkan pada sebuah motosikal di kawasan yang biasa dikunjungi puak Shiah.

“Selepas ‘kumpulan murtad’ berkenaan berkumpul di kawasan itu, seorang syahid kami meletupkan dirinya di kawasan itu,” kata kenyataan itu.

Dakwaan IS itu belum dapat disahkan tetapi dikeluarkan mengikut format yang biasa dikeluarkan kumpulan berkenaan.

Sementara itu, tentera Lubnan berkata, serangan itu dibuat dua pengebom nekad dan mayat pengebom ketiga yang gagal meletupkan bahan letupan di badannya ditemui di tempat kejadian.