44 mahasiswi Indonesia kunjungi SM YSHHB

44 mahasiswi Indonesia kunjungi SM YSHHB

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Seramai 44 mahasiswi Universitas Darussalam Gontor, Indonesia, pagi tadi telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB), di sini.

Rombongan diketuai oleh pensyarah Universitas Darussalam Gontor, Kiyai Haji Heru Saiful Anwar yang menjelaskan bahawa lawatan berkenaan bertujuan untuk mempelajari dan mengetahui sistem pendidikan di negara ini termasuk kurikulum yang digunakan di Brunei.

Kiyai Haji Heru memberitahu mahasiswi-mahasiswi yang menyertai lawatan ini merupakan calon guru pendidikan agama dan menerusi lawatan selama seminggu itu, mereka akan cuba mempraktikkannya dalam pendidikan mereka nanti.

Rombongan berkenaan telah dialu-alukan oleh Pengetua Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi, dan dalam lawatan berkenaan rombongan turut mendengar taklimat ringkas mengenai Sekolah YSHHB yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengetua SM YSHHB, Siew Kuan Keasberry.

Para mahasiswi Universitas Darussalam Gontor berkesempatan mendengar sedikit taklimat semasa mengadakan lawatan ke SM YSHHB.
Para mahasiswi Universitas Darussalam Gontor berkesempatan mendengar sedikit taklimat semasa mengadakan lawatan ke SM YSHHB.

Kemudian, rombongan juga berpeluang melawat kelas dan bilik-bilik sumber di berkenaan serta diperkenalkan kepada permainan tradisi Brunei iaitu Permainan Pasang.

Delegasi berkenaan berada di Brunei bermula hari ini hingga 18 Oktober ini di mana mereka juga akan dibawa melawat ke beberapa buah institusi pendidikan lain seperti Sekolah Al-Falah, Universiti Brunei Darussalam dan ke Jabatan Mufti Kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA