44 orang awam maut serangan udara

44 orang awam maut serangan udara

BEIRUT, 28 Jan -Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh dalam serangan udara yang dipercayai dilakukan tentera Russia di bahagian utara dan timur Syria yang dikuasai militan (IS).

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata serangan udara itu mengorbankan 29 orang awam di beberapa perkampungan di timur Wilayah Deir Ezzor dan ibu negeri wilayah itu, manakala 15 orang awam lagi di Bandar Al-Bab, di Wilayah Aleppo di utara.– AFP

Kapal udara perang Rusia terbang di bandar pantai Mediterranean Latakia, Syria. – Reuters
Kapal udara perang Rusia terbang di bandar pantai Mediterranean Latakia, Syria. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA