44 penghijrah diselamatkan

44 penghijrah diselamatkan

MADRID, 9 Mei (AP) – Perkhidmatan penyelamat maritim berkata ia telah menyelamatkan 44 penghijrah warga Afrika Sahara yang cuba merentas menggunakan bot dari pantai barat Afrika untuk pergi ke Sepanyol.

Perkhidmatan itu berkata seramai 42 orang lelaki dan dua orang wanita dibawa ke pelabuhan Arguneguin di Pulau Canary, Sepanyol pada lewat kelmarin selepas diselamatkan di luar pantai Sahara Barat, beberapa 100 batu nautika (200 kilometer) selatan pulau itu.

Pada hari Isnin ia memulakan pencarian bagi bot itu selepas menerima panggilan amaran daripada pertubuhan bukan kerajaan. Para penghijrah itu dilaporkan dalam keadaan sihat.

Ribuan penghijrah cuba untuk tiba ke Sepanyol setiap tahun sama ada dengan percubaan melalui laut dari Afrika barat atau merentas Laut Mediterranean.