44 penghijrah Sri Lanka ditemui terkandas di perairan Aceh

44 penghijrah Sri Lanka ditemui terkandas di perairan Aceh

JAKARTA, 12 Jun (dpa) – Seramai 44 penghij-rah Sri Lanka termasuk sembilan kanak-kanak telah ditemui di luar pera-iran Lhoknga di wilayah Aceh, barat Indonesia, lapor media tempatan hari ini.

Tribunnews.com melaporkan bahawa nelayan tempatan ternampak bot berbendera India di Lhoknga pada Sabtu kira-kira jam 10 pagi (0300 GMT) dan memaklumkan pihak berkuasa.

Pegawai tentera tempatan di Lhoknga, Mejar Darul Amin mengatakan berdasarkan pemeriksaan ke atas bot itu, ia berlepas sebulan yang lalu dari India menuju ke pulau Christmas, Australia.

Bot itu layak untuk belayar namun ia mengalami masalah enjin dan terkandas di perairan Indonesia selama lebih 24 jam.

“Semua penumpang di dalamnya dalam keadaan yang sihat. Mereka kelihatannya mempunyai cukup bekalan logistik dan tidak ada masalah,” dia dipetik sebagai berkata.

Data imigresen menunjukkan para penumpang termasuk 35 orang dewasa dan sembilan kanak-kanak, namun mereka tidak dibenarkan untuk mendarat di wilayah Indonesia ketika bot dan para penumpang tidak mempunyai kebenaran untuk melakukannya.

Tribunnews.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Indonesia akan menunda bot itu balik ke perairan antarabangsa pada pagi hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA