45 dihukum penjara sabit dakwaan keganasan

45 dihukum penjara sabit dakwaan keganasan

BEIJING, 28 Ogos – Mahkamah Xinjiang, wilayah barat China, semalam menjatuhkan hukuman penjara ke atas 45 orang atas tuduhan berkaitan dengan keganasan.

Mereka termasuk sekurang-kurangnya lapan orang etnik Uighur beragama Islam yang dipenjarakan selepas didapati bersalah atas tuduhan cuba meninggalkan China secara haram, lapor agensi berita Xinhua.

Beijing baru-baru ini diselar masyarakat antarabangsa selepas ia mempengaruhi Bangkok supaya menyerahkan 100 etnik Uighur yang mencari perlindungan di Thailand.

Kumpulan berkenaan dirakam dengan muka mereka diselubung, tangan digari dan dikawal ketat oleh polis ketika dibawa pulang ke Beijing.

Pihak berkuasa China mendakwa kononnya kumpulan itu meninggalkan China untuk menyertai jihad.

Aktivis Uighur berkata, mereka meninggalkan China kerana mahu melarikan diri daripada penindasan.

Daripada lapan etnik Uighur yang dihukum, lima dipenjarakan 10 tahun selepas mereka ditangkap oleh polis Tajikistan berhampiran sempadan dengan Afghanistan. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA