45 orang tampil derma darah

45 orang tampil derma darah

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Pusat Derma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, baru-baru ini, telah mengadakan Kempen Derma Darah di Balai Bomba Sungai Kebun, di sini.

Kempen berkenaan disertai 45 penderma yang terdiri daripada anggota bomba, penduduk kampung sekitarnya, ahli-ahli Skim Sukarelawan Bomba dan orang-orang perseorangan yang tidak ketinggalan dalam menyokong kempen tersebut.

Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Operasi ‘D’, SFR Nohi Irwan Sukarki bin Haji Pawi, Timbalan Pemerintah, Haji Aminarif bin Haji Nasir, Komander Stesen Bomba Kampung Sungai Kebun, Awang Alwi bin Haji Jais, serta empat orang wakil dari Syarikat Perniagaan Malar Setia.

Penyelia Perubatan, Hospital RIPAS, Haji Matusop bin Haji Daud berkata seorang penderma darah boleh menyelamatkan tiga nyawa serta penderma yang menderma boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan kanser.

Pemeriksaan kesihatan dijalankan sebelum menderma darah.
Pemeriksaan kesihatan dijalankan sebelum menderma darah.
Pegawai Pemerintah Operasi ‘D’ antara penderma darah semasa kempen tersebut.
Pegawai Pemerintah Operasi ‘D’ antara penderma darah semasa kempen tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA