45 PATI ditahan dalam dua serbuan

45 PATI ditahan dalam dua serbuan

KUCHING, 12 Nov (Bernama) – Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching telah menahan seramai 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia dalam dua serbuan berasingan di dua tapak pembinaan di sini Selasa lepas.

Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak dalam satu kenyataan berkata dalam serbuan pertama diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mehuen anak Runies di sebuah tapak pembinaan di Kampung Tabuan, dua lelaki Indonesia ditahan.

Kedua-duanya ditahan atas kesalahan di bawah Per.11(7)(a) Peraturan peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja tanpa permit kerja yang sah di negara ini, katanya.

Seramai 43 PATI warga Indonesia pula ditahan di lokasi serbuan kedua iaitu di sebuah tapak pembinaan Jalan Mambong off Jalan Puncak Borneo diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Abdul Malik Bojeng dengan kekuatan 32 anggota.