45 peserta sertai bengkel kecergasan

45 peserta sertai bengkel kecergasan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Seramai 45 jurulatih daripada Jabatan Belia dan Sukan, Jerudong Park Medical Centre, Pusat Optima Kecergasan Tentera dan beberapa pusat kecergasan swasta di negara ini telah menghadiri Bengkel Jurulatih Kecergasan Kementerian Kesihatan.

Bengkel ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan jurulatih mengenai garispanduan kegiatan fizikal kebangsaan, pengetahuan asas permakanan, suplemen dan ubat-ubatan serta membincangkan cadangan bagi mempromosi kegiatan fizikal di negara ini.

Melalui bengkel ini, Kementerian Kesihatan berharap para jurulatih akan dapat menyampaikan mesej dan fakta kesihatan dengan lebih berkesan dan dapat mempromosi serta meningkatkan kegiatan fizikal di kalangan penduduk di negara ini.

Peserta yang mengambil bahagian dalam Bengkel Jurulatih Kecergasan Kementerian Kesihatan.
Peserta yang mengambil bahagian dalam Bengkel Jurulatih Kecergasan Kementerian Kesihatan.

ARTIKEL YANG SAMA