45 tersangka penipuan ‘online’ mengaku

45 tersangka penipuan ‘online’ mengaku

BEIJING, 22 April – Kesemua 45 orang tersangka warga Taiwan dalam penipuan di talian yang ditahan di Beijing selepas dihantar dari Kenya telah mengaku jenayah mereka dan akan dibicarakan, seorang pegawai polis China dipetik sebagai berkata hari ini, yang membayangkan keengganan kata sepakat berhubung kes yang telah mencetuskan pergeseran baru antara Taiwan dan China.

Chen Shiqu, timbalan inspektor biro pemeriksaan jenayah Kementerian Keselamatan Awam dipetik sebagai berkata oleh agensi berita rasmi Xinhua bahawa kumpulan itu kini sedang disiasat dan akan didakwa bersama-sama dengan 32 warganegara China yang diserahkan awal bulan ini bersama-sama warga Taiwan itu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA