450 penagih lari dari pusat pemulihan

450 penagih lari dari pusat pemulihan

HANOI, 14 April (AFP) – Kira-kira 450 penagih dadah Vietnam telah melarikan diri sebuah pusat pemulihan, tempat mereka ditahan bagi menjalani rawatan wajib, menurut seorang pegawai semalam. Para tahanan menyerang para pengawal, memanjat tembok dan merosakkan pagar utama di pusat itu di wilayah selatan Vietnam, Ba Ria Vung Tau lewat semalam.

“Kami telah membawa balik 150 orang pesakit, sementara usaha sedang dilancarkan bagi mencari hampir 300 orang lagi,” Le Thi Trang Dai, pengarah jabatan buruh wilayah memberitahu AFP.

Kerajaan komunis Vietnam menguatkuasakan program rawatan wajib bagi kira-kira 140,000 orang penagih dadah negara itu. Mereka yang melarikan diri itu adalah mereka yang menjalani rawatan wajib pemulihan dan rawatan degan sukarela, menurut Dai.

ARTIKEL YANG SAMA