452,721 calon UPSR duduki peperiksaan

452,721 calon UPSR duduki peperiksaan

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Seramai 452,721 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 selama lima hari bermula Khamis lepas (1 Sept) dan berakhir 8 Sept ini di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara.

Daripada jumlah berkenaan, 443,677 adalah calon daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,044 calon lagi daripada sekolah swasta.

Calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR, sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA