456 atlet Malaysia lepasi ujian doping

456 atlet Malaysia lepasi ujian doping

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Seramai 456 daripada 510 atlet Malaysia ke Sukan SEA Singapura berjaya melepasi ujian doping.

Ketua Kontinjen negara bagi Sukan SEA Singapura, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata proses ujian doping itu dilakukan oleh Agensi AntiDoping Malaysia (ADAMAS) sejak awal tahun ini.

Baki atlet itu belum melakukan ujian berkenaan kerana mereka sedang menjalani latihan di luar negara, katanya.

“Atlet tersebut daripada sukan tenis, sepak takraw wanita, boling, biliard dan snuker. Mereka perlu melakukan ujian doping secepat mungkin iaitu sebelum kontinjen bertolak ke Singapura.

“Pemain bola sepak antara atlet terawal yang akan ke Singapura iaitu pada 27 Mei ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan perjumpaan bersama atlet daripada tujuh acara sukan di Bilik Jasmine Institut Sukan Negara (ISN) di sini hari ini.

Perjumpaan itu melibatkan atlet tenpin boling, mendayung, wushu, menembak, triathlon, bola jaring dan bola tampar wanita. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA